Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemimpin bahagian parti ditahan ugut ketua polis daerah


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





KUANTAN, 19 Mei (Bernama) -- Polis Pahang mengesahkan telah menahan seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik di negeri ini bagi membantu siasatan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan pada 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut. 

"Suspek dipercayai telah menghantar ugutan kepada ketua polis daerah itu menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu. 

"Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai merakam percakapannya dan polis juga merampas telefon bimbit suspek," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Mohd Zakaria berkata suspek dipercayai berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis merampas rokok dan minuman keras tidak bercukai daripada seorang lelaki, yang turut memegang jawatan dalam parti itu. 

Beliau juga mengesahkan Mazlan telah membuat laporan polis terhadap ugutan itu sehari selepas menerima ugutan tersebut. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel