Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Status MPSP dinaik taraf kepada majlis bandaraya diumum selepas Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





 

GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Status naik taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin.

Beliau berkata permohonan kerajaan Pulau Pinang bagi mendapatkan status bandar raya bagi MPSP telah diluluskan kabinet minggu lepas dan kini dalam proses pengeluaran surat.

"Saya  maklumkan tadi bahawa adanya naik taraf MPSP kepada MBSP. Ia telah diluluskan kabinet, pengumuman peringkat negeri akan diumumkan kemudian. Kelulusan berhubung naik taraf ini baru diperolehi minggu lepas daripada kabinet, dan kita akan uruskan proses surat yang mengambil masa dua minggu, maka kita menjangkakan selepas hari raya kita akan umumkan perkara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Infaq Perdana Ramadan Anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT  di sini hari ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghantar permohonan untuk menaik taraf status MPSP kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Disember lepas.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai  sama ada akan dinaikkan kepada jawatan Datuk Bandar MBSP, Zuraida berkata perkara itu perlu ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Zuraida turut memaklumkan dengan pengumuman terbabit, Pulau Pinang boleh dianggap memperoleh “bonus” di Aidilfitri.

Terdahulu dalam ucapannya, Zuraida meminta agar penggerak komuniti menjalankan tanggungjawab mereka membantu masyarakat golongan B40 memberi pendedahan dan maklumat  berhubung dasar komuniti negara.

Selain itu, Zuraida turut menegaskan bahawa perlunya budaya tegur menegur dalam kelompok masyarakat dalam memastikan kawasan perumahan sering terjaga dalam keadaan baik.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel