Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Huguan Siou' setuju penyatuan bangsa KDM - Peter


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





KENINGAU, 19 Mei (Bernama) -- '’Huguan Siou’ atau pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bersetuju dengan cadangan menyatukan bangsa tersebut tanpa mengira fahaman politik, kata Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata cadangan tersebut dikemukakan kepada Pairin dalam pertemuannya awal bulan ini bagi membincangkan berkaitan dengan Pesta Kaamatan, sekali gus memahu pemimpin KDM merapatkan barisan.

"Kita berada di bawah satu bumbung, selama ini kedudukan kaum KDM terpisah disebabkan oleh perbezaan fahaman politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau di sini, hari ini.

Peter, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata beliau turut meminta agar Pairin mengetuai rundingan untuk membawa gabungan keseluruhan pemimpin KDM bagi membincangkan nasib dan hala tuju bangsa itu.

Beliau berkata pemimpin KDM perlu berkorban untuk melupakan seketika fahaman politik yang berbeza untuk memastikan kelangsungan bangsa itu terus relevan.

Peter, yang juga naib presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), berkata, pemimpin KDM perlu memikirkan sesuatu yang lebih realiti terhadap golongan muda bangsa itu supaya tidak berhijrah untuk mencari pekerajaan di tempat lain.

"Kita cadangkan perlu ada satu kuota daripada kerajaan negeri dan Persekutuan untuk KDM apabila melihat jurang yang amat besar golongan muda ini yang berada di bandar,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun dan Murut Sabah (KDCA), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan turut memberi sokongan terhadap cadangan penyatuan itu.

Beliau berkata ia penting agar KDM terus bergerak maju dalam arus pembangunan negara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel