Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga tempatan dan asing manfaat cuti sempena hari Wesak


Tarikh kemaskini: 19/05/2019




JOHOR BAHRU, 19 Mei (Bernama) -- Melancong bersama keluarga menjadi pilihan pelancong tempatan mahupun pelancong asing bersempena cuti Hari Wesak hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata tempat yang mencuri tumpuan pengunjung adalah di Zoo Johor dan kawasan pesisir pantai seperti Desaru.

Bagi Lum Wei Keen, 28, berasal daripada Seremban, dia meluangkan masa bersama keluarganya dengan berkunjung ke Desaru Fruit Farm di Tanjung Sepang Resort dekat Kota Tinggi dan pekan Sungai Rengit.

“Saja keluar berjalan hari ini, lagipun sudah lama tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga.

“Dalam masa sama kami dapat menikmati hidupan laut lobster yang terkenal terutama di kawasan Pengerang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pelancong dari negara India, Muhammad Syakir Yusof berkata dia bersama keluarga bercuti di negeri ini selama sebulan dan Zoo Johor antara destinasi pilihannya untuk dikunjungi.

“Saya sukakan Johor, selain itu kami dapat mengunjungi saudara mara di sini, serta seronok berada di bandar raya yang indah ini.

“Zoo Johor juga tidak seburuk yang saya sangkakan, haiwan ikonik di Malaysia boleh dilihat di sini dan kawasannya agak luas untuk kami berjalan, terdapat juga kedai bagi kemudahan pengunjung di zoo ini dan banyak kerusi disediakan untuk berehat,” kata pemuda berusia 30 tahun itu.

Bagi pekerja kilang warga Nepal, Bhola Rambrchis, 30, dia bersama rakannya memanfaatkan cuti Hari Wesak ke Zoo Johor di samping berkunjung ke pusat membeli-belah di sekitar bandar raya ini.

“Hari ini kami jalan-jalan di Zoo Johor untuk kali kedua, walaupun cuaca sedikit panas tetapi daripada bosan duduk rumah, lebih baik kami lakukan sesuatu.

“Malaysia terutama Johor banyak tempat menarik, tetapi Johor Bahru antara tempat yang kami selalu pergi sebab banyak pusat beli-belah yang besar dan menarik,” kata pekerja kilang di Pasir Gudang itu yang sudah menetap di negara ini lebih 17 tahun.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel