Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki cedera parah tangan kiri terkena letupan mercun bola


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





ALOR SETAR, 19 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan serius pada tangan kirinya akibat terkena letupan mercun bola di Sik petang semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki itu dihantar orang awam ke Jabatan Kecemasan Hospital Sik pada 4.20 petang setelah menemui mangsa yang bersendirian mengerang dan berguling dalam kesakitan di tepi jalan. 

"Berdasarkan maklumat pesakit, sebelum kejadian dia sedang memegang empat biji mercun bola dengan tangan kiri sambil menghisap rokok dan tanpa sengaja ternyalakan sumbu mercun dan menyebabkan letupan.

"Sebaik tiba di Hospital Sik, rawatan kecemasan segera diberikan bagi meredakan kesakitannya. Pemeriksaan mendapati beliau dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata jari manis dan jari kelingking pada tangan kiri mangsa luka teruk dan ujian x-ray menunjukkan tulang jari itu turut patah.

"Pihak Hospital Sik turut mendapatkan bantuan pihak bomba bagi menanggalkan cincin dari jarinya. Pemeriksaan juga mendapati kesan terbakar pada dadanya. Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 8 malam tadi untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata sehingga kini dari pemantauan pihaknya mendapati kes itu merupakan yang pertama berlaku di Kedah bagi Ramadan kali ini.  -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel