Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang ketika cari siput ditemukan lemas di Sitiawan


Tarikh kemaskini: 19/05/2019





LUMUT, 19 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki yang hilang ketika mencari siput berhampiran jambatan Kampung Tebuk, Kampung Bharu di Sitiawan di sini, semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd 'Al-Hazaari Othman, 51, beralamat terakhir di Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar dijumpai terapung kira-kira pukul 9.30 pagi di lokasi dia dipercayai hilang. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata operasi mencari dan menyelamat  (SAR) itu diteruskan pukul 7 pagi selepas SAR dihentikan pada 7.30 malam tadi.

"Operasi yang diteruskan pagi ini membabitkan seramai 10 anggota dengan menjalankan kaedah secara pencarian di permukaan di lokasi kejadian sebelum menemukan mangsa yang terapung. 

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika  dihubungi di sini hari ini. 

Mohd Zaki berkata operasi itu turut membabitkan pasukan polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Terdahulu, mangsa difahamkan datang ke kawasan itu pada pukul 10 pagi, semalam bersama seorang  rakannya yang menjala ikan sebelum rakannya itu menyedari mangsa sudah hilang. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel