Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jadikan Hari Gawai landasan kenali budaya dan adat resam - Baru


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





BINTULU, 18 Mei (Bernama) -- Masyarakat Dayak di Sarawak diminta menjadikan perayaan Hari Gawai sebagai landasan untuk saling mengenali budaya dan adat resam sesama sendiri dan saudara mereka yang lain, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

“Negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang luas dan didiami pelbagai etnik dan kaum. Lebih daripada 60 peratus penduduk di Sarawak adalah terdiri daripada kaum Dayak atau kaum asal.

“Variasi menarik dan kepelbagaian warna dalam kebudayaan masyarakat Dayak, menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan unsur perpaduan di antara kaumnya,” katanya berucap merasmikan Majlis Mantar Gawai (Malam Pra Gawai) 2019 yang dianjurkan Masyarakat Sivil Bintulu (Bintulu Civil Societies) di sini malam ini.

Baru yang juga Anggota Parlimen Selangau berkata, ikatan dan rasa persaudaraan yang tertanam dalam diri anak Sarawak secara tidak langsung, telah mencipta sebuah imej yang indah buat negeri itu.

Beliau berharap, perkara itu dapat dilaporkan, diceritakan atau diterbitkan program-program secara aktif, kreatif dan inovatif oleh media massa.

“Dengan adanya rancangan yang inklusif sedemikian, warga Malaysia yang bukan Dayak akan lebih mengenali budaya dan kesenian kita orang Dayak. Perkara ini sangat penting untuk menanam semangat patriotisme dan memupuk perpaduan sesama kaum di negara ini yang kian terhakis,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel