Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Sabah peruntuk RM500,000 untuk tagal Hutan Komuniti Kg Kiau


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KOTA BELUD, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan geran sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Memulihara Warisan Tradisi dan Alam Semulajadi Kampung Kiau Nuluh (GOMPITO) bagi melestarikan tagal hutan komuniti dan pembangunan pelancongan di kampung itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata geran itu akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pelancongan untuk keselesaan pelancong.

"Kawasan seluas 1,200 ekar daripada Taman-Taman Sabah dikeluarkan, dan diserahkan kepada penduduk kampung Kiau kerana itu merupakan tanah adat mereka sejak dahulu.

“Bagi melestarikan kawasan ini, penduduk kampung telah bersetuju menubuhkan pemegang amanah dan seterusnya memperkenalkan tagal hutan komuniti yang dibangunkan sebagai pusat ekopelancongan,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Budaya Kiau Nuluh, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu berharap lebih banyak kampung luar bandar di Sabah menggunakan pendekatan tagal hutan komuniti, sebagai salah satu bentuk urus tadbir tanah adat seperti tagal sungai yang boleh dibangunkan menjadi pusat tarikan pelancong.

Beliau berkata aspirasinya adalah membangunkan kawasan Kadamaian berasaskan kepada dua sektor utama, iaitu pelancongan dan pertanian, yang disokong dengan jaringan kemudahan asas yang baik dan aktiviti-aktiviti keusahawanan desa.

Katanya dengan kajian itu akan dapat mencakupi aspirasi keseluruhan komuniti di Kadamaian dan memudahkan pelaksanaan pembangunan melibatkan kerajaan dan pelbagai rakan strategik lain.

"Saya akan terus berusaha dan bekerja mencapai lebih banyak kemajuan untuk kawasan Kadamaian termasuk pelaksanaan Kajian Pelan Pembangunan Kadamaian 2020-2035 yang dilaksanakan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Adun Kadamaian, Pejabat UPPM Kadamaian dan Pejabat Daerah Kota Belud.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel