Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki 50-an dikhuatiri hilang ketika mencari siput


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





LUMUT, 18 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 50-an dikhuatiri hilang ketika mencari siput di muara sungai berhampiran Jambatan Kampung Tebuk, Kampung Baru Sitiawan, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Abdul Rahman Mat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.43 petang.

“Setakat ini operasi menyelamat sedang dijalankan, dan lokasi pencarian diluaskan sejauh setengah kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, maklumat awal mendapati mangsa pergi ke kawasan tersebut bersama seorang lagi rakannya kira-kira pukul 10 pagi tadi, sebelum rakan mangsa yang sedang menjala, menyedari rakannya itu hilang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel