Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PMBK berusaha naikkan semula nama Bazar Tok Guru


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) -- Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan menganjurkan pelbagai program dalam usaha untuk menaikkan semula nama Bazar Tok Guru di mata masyarakat di dalam dan di luar negeri ini.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Korporat Kumpulan PMBK Zamakshari Muhammad berkata antara langkah yang diambil termasuklah mengadakan aktiviti bulanan secara tetap bagi mempromosikan bazar tiga tingkat ini seperti kuliah dan acara permainan kanak-kanak termasuk Beyblade. 

“Bazar ini pernah popular pada awal pembukaannya pada 2011 namun kini ia semakin kurang mendapat sambutan selepas kebanyakan masyarakat beranggapan bazar ini hanya tempat pemborong sekali gus menyebabkan bilangan pengunjung berkurangan,” katanya kepada pemberita di Program Karnival Gegar Raya Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Antara aktiviti karnival yang bermula hari ini hingga 4 Jun depan termasuklah Cabaran Beyblade, persembahan dikir barat, pertandingan bayi comel, menganyam ketupat dan pertandingan hafiz muda.

Zamakshari berkata kekurangan promosi sejak 2013 untuk menarik pengunjung menjadi antara punca utama yang menyebabkan Bazar Tok Guru semakin tidak mendapat perhatian pelanggan.

Beliau berkata terdapat 334 lot kedai di tingkat satu bazar, dan kira-kira 70 peratus adalah pembekal kepada pemborong di seluruh negeri serta Kuala Lumpur.

Katanya bazar ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana terkenal sebagai pusat pembekal pakaian terbesar di negeri ini. 

"Kebanyakan pakaian dan tekstil yang dijual di pasar sekitar negeri ini diambil dari Bazar Tok Guru dan disebabkan itu peniaga di sini dapat menawarkan harga yang lebih murah kepada pengunjung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel