Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JHL, Esscom tumpas penyeludupan 220 ekor buaya di Tawau


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini menumpaskan kegiatan penyeludupan 220 ekor buaya dengan penahanan empat lelaki di kawasan hutan bakau, Kampung Pasir Putih dekat sini, pagi tadi.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata empat lelaki terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warga Indonesia berumur antara 55 hingga 61 tahun  ditahan pada 10.30 pagi bersama 215 buaya hidup serta lima buaya mati, yang disyaki diseludup menggunakan bot daripada Indonesia.

"Siasatan lanjut masih perlu dijalankan dan kemungkinan ada sindiket," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Sailun berkata kejayaan menumpaskan penyeludupan itu susulan risikan dijalankan pihak Esscom di sekitar kawasan tersebut.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel