Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ESSCom tahan 46 PATI menyusup masuk ke Tawau


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menyelaraskan Operasi Bersepadu Khas di sekitar Batu 8, Jalan Tinagat dekat sini, semalam berjaya menahan 46 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia.

Bertindak atas maklumat orang awam pada 9.30 pagi, Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, sepasukan anggota ESSCom bersama Jabatan Imigresen Tawau menyerbu lokasi yang disyaki menjadi kawasan pendaratan dan Pati bersembunyi.

Daripada 48 Pati yang diperiksa, 46 Pati berusia antara setahun hingga 59 tahun ditahan selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan 15 wanita dewasa manakala dua kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hazani berkata kesemua yang ditahan itu dipercayai masuk secara haram melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu mengguna kawasan Sungai Nyamuk, Indonesia sebagai tempat persembunyian atau transit sebelum masuk ke negara ini melalui laluan tikus.

Sementara itu, kesemua Pati berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Tawau.

ESSCom memerlukan kerjasama dan sokongan orang ramai termasuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan serta melanggar undang-undang negara.

"ESSCom akan sentiasa melaksanakan operasi seumpama ini terutama Operasi Bersepadu Khas bagi mengekang kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi ke negara jiran", katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel