Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Moyog wujudkan pejabat bergerak, dekati rakyat pedalaman


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





PENAMPANG, 18 Mei (Bernama) -- Dalam usaha mendekati penduduk berada jauh di kawasan pedalaman, Anggota  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Jenifer Lasimbang mewujudkan sebuah pejabat bergerak bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata ia bagi memastikan pembangunan yang dijalankan di Dun Moyog dalam daerah Penampang itu akan dapat dipantau dengan kerjasama daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

"Oleh sebab itulah kita perlu MPKK yang bergerak dari satu kampung ke kampung lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat UPPM di Buhavan Square, di sini hari ini.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah hitu berkata DUN Moyog yang mempunyai 42 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing turut menguruskan beberapa buah kampung selain kampung yang sukar dihubungi melalui jalan raya.

Katanya dalam DUN Moyog juga masih terdapat kampung yang memerlukan lapan jam berjalan kaki untuk tiba di kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Jenifer berkata pejabat UPPM dan ADUN juga diletakkan dibawah satu bumbung bagi memudahkan setiap urusan pentadbiran.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel