Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Esscom tahan enam pati dalam Op Khas


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





BELURAN, 18 Mei (Bernama) -- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan kerjasama Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan enam individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh, pada malam Khamis.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata mereka yang ditahan dalam operasi lima jam bermula 10 malam itu merupakan lelaki berumur 25 hingga 67 tahun yang didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi ini memberi fokus kepada pemeriksaan kenderaan dan individu di laluan berkenaan bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi termasuk kemasukan PATI ke daerah ini.

"Di samping menguatkuasakan undang-undang sedia ada, operasi ini juga bertujuan untuk memantau dan mengesan laluan tikus yang berkemungkinan digunakan oleh penyeludup dan PATI untuk melepaskan diri daripada sekatan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hazani berkata kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Beluran untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel