Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

45 individu dari PDK dirai pada majlis berbuka puasa di Desaru


Tarikh kemaskini: 18/05/2019




KOTA TINGGI, 18 Mei (Bernama) -- Rasa disayangi serta dihargai di samping menerima layanan mesra membuatkan golongan istimewa, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf yang diraikan pada majlis berbuka di sini, semalam, terharu. 

Seramai 45 individu dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diraikan pada majlis berkenaan.

Antaranya, peserta PDK Aura Firdausi dari Felda Bukit Besar, Kulai, Ahmad Rasyidi Mohd Abas, 28, yang mengakui inilah kali pertama diraikan melalui program berbuka puasa.

"Ini kali pertama saya diraikan meriah begini dan amat bersyukur serta terima kasih kepada pihak penganjur,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka di Lotus Desaru Beach Resort & Spa (Lotus Desaru), di sini, petang semalam.

Bagi Harwiah Ahmad, 52, dari Bandar Tenggara, yang lumpuh dan berkerusi roda sejak 19 tahun lalu akibat kanser, turut menggagahkan diri bersama teman-temannya untuk sama-sama berbuka puasa.

"Walaupun menjadi OKU macam ni, bila dijemput untuk bersama berbuka puasa di sini dengan diberi sumbangan pula, terasa saya tak tersisih dan ditinggalkan," katanya berbaur sebak. 

Kesemua mereka menerima bantuan keperluan harian serta duit raya pada majlis berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel