Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perhilitan Melaka buka permit buru ayam hutan sehingga Ogos


Tarikh kemaskini: 18/05/2019





MELAKA, 18 Mei (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka membuka pemohonan permit bagi menangkap ayam hutan kepada orang ramai bermula 1 Mei sehingga 31 Ogos ini .

Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata orang ramai yang berminat boleh membuat pemohonan di pejabat Perhilitan berdekatan dengan harga RM10 bagi setiap ekor.

“Permit menangkap ayam hutan dibuka secara bermusim dan pada kali ini ianya dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai daging ayam hutan untuk dijadikan lauk sempena jaudan bagi berbuka puasa dan menyambut  Aidilfitri tidak lama lagi,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya daging ayam hutan yang berbeza daripada ayam daging dan ayam kampung mempunyai peminatnya tersendiri.

Beliau berkata sekiranya orang ramai dapat mengkap ayam hutan yang masih hudup dan berminat untuk membelanya mereka boleh memohon permit untuk membela ayam hutan dengan kadar yang sama iaitu RM10 seekor.

Mohd Hasdi berkata pihak turut mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menternak ayam hutan secara komersial.

“Mereka yang berminat boleh menghantar  kertas kerja dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemohonan akan dihantar ke Ibu Pejabat Perhitan unttuk diproses,”katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel