Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lelaki lemas di kuari


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KLUANG, 17 Mei (Bernama) -- Seorang remaja berusia 13 tahun, lemas di sebuah kuari di Jalan Ayer Hitam-Kluang, berhampiran dengan Felda Ayer Hitam dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata mangsa yang lemas itu, Aniq Al Imran Yusof yang berasal dari Kampung Rahmat, Sri Lalang, datang ke kuari berkenaan bersama abangnya dan tiga lagi rakan.

"Daripada siasatan awal mendapati pada mulanya mereka berlima datang ke kuari berkenaan pukul 4.45 petang hanya untuk mandi di kawasan tebing dan tempat yang cetek sahaja.

“Namun, mangsa dikatakan tergelincir dan termasuk ke kawasan yang dalam airnya sebelum lemas kerana mangsa dikatakan tidak pandai berenang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Mohd Abduh lagi, abang mangsa kemudian menghubungi polis dan anggota Balai Polis Sri Lalang telah bergegas ke tempat kejadian.

Tidak lama kemudian usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang. 

“Mangsa kemudian ditemui kira-kira satu jam selepas operasi dijalankan di kuari berkenaan dalam keadaan terapung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk dokumentasi dan proses bedah siasat," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel