Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkhidmatan Feri Terminal Tanjung Belungkor alternatif termudah Singapura ke Desaru 


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KOTA TINGGI, 17 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan Terminal Feri Tanjung Belungkor dekat Pengerang, di sini adalah antara alternatif termudah bagi rakyat Singapura untuk bercuti ke negara ini terutama sekitar Desaru.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 35 minit dari Terminal Feri Changi yang boleh memuatkan 100 penumpang pada satu-satu masa.

Ia sekaligus dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke Desaru yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan seperti hotel ternama dan kawasan pesisir pantai sepanjang 17 kilometer.

“Ada yang mengatakan bahawa keadaan di Tambak Johor (rakyat Singapura) perlu masa tiga hingga empat jam untuk merentasi sempadan sahaja.

“Feri ini ramai tidak tahu (wujud), oleh sebab itu dengan adanya feri ini mereka boleh terus ke sini dengan hanya 35 minit,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pemain industri pelancongan Malaysia-Singapura di Lotus Desaru  Beach Resort and Spa di sini, hari ini.

Menurut Musa, menerusi sesi dialog bersama 80 pemain industri terutama agen-agen pelancongan itu diharapkan dapat mempromosikan produk pelancongan antara dua negara.

“Dalam dialog ini juga kita ingin tahu isu atau permasalahan yang boleh kita perbaiki untuk pemain industri pelancongan.

“Antara perkara yang kita boleh ambil perhatian adalah melihat kepada servis yang boleh dipertingkat dan ditambahbaik seperti terminal feri dan bus shuttle,” katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel