Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran arsenik: Jalankan ujian kualiti air di Gerik, Kuala Kangsar


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri disarankan supaya menjalankan ujian kualiti air di kawasan sekitar Gerik dan Kuala Kangsar bagi memastikan sumber air mentah di kawasan terlibat bebas daripada pencemaran arsenik berlebihan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago.

Beliau berkata, isu pencemaran arsenik dalam sumber air mentah di Gerik masih belum diselesaikan, walaupun Kerajaan Negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) berjaya menyiapkan kerja memasang paip sejauh 11.5 km dan pam penggalak baharu untuk menyalurkan bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Lawin ke kawasan Ayer Ganda selain menyiapkan projek bernilai RM1.32 juta dalam tempoh lima minggu, iaitu lebih awal daripada yang dirancang.

“ Justeru, SPAN berharap Kerajaan Negeri turut mengambil langkah bagi menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Rui yang merupakan sumber air mentah untuk LRA Ayer Ganda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang tindakan segera daripada Kerajaan Negeri untuk membebaskan sungai itu daripada pencemaran bahan arsenik akan membantu ke arah menghidupkan semula operasi loji rawatan air di kawasan berkenaan.

Pada 9 April lepas, SPAN mengarahkan supaya LRA Ayer Ganda memberhentikan operasinya berikutan penemuan jumlah arsenik dalam air mentah yang melebihi piawai yang dibenarkan.

LRA yang berkapasiti 0.68 juta liter sehari (JLH) itu membekalkan sumber air terawat kepada kira-kira 312 akaun pengguna di Kampung Ayer Ganda.

LRA masih belum dibenarkan beroperasi sehingga kini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel