Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam amaran dikeluarkan kepada peniaga Bazar Ramadan setakat ini


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





TAMPIN, 17 Mei (Bernama) -- Enam amaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan kepada peniaga bazar Ramadan di negeri ini setakat hari ini kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

Veerapan berkata amaran berkenaan dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan di 1,246 premis di seluruh negeri sejak awal puasa 6 Mei lalu sehingga semalam.

“Pemantauan dan pemeriksaan akan berterusan dijalankan di setiap bazar Ramadan yang beroperasi di negeri ini dan kami meminta peniaga supaya mematuhi peraturan agar tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

“Kami juga menasihati orang awam yang datang ke bazar Ramadan ini sekiranya mendapati terdapat harga barangan tidak munasabah jadi boleh membuat aduan di mana-mana cawangan KPDNHEP supaya kita boleh membuat pantauan dan ambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Mesra Bazar Ramadan yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP negeri Ain Arjuna Aziz Zaman di sini, hari ini.

Bagi mana-mana individu yang melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000.

 Bagi syarikat pula yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000, kata Veerapan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel