Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

4 lelaki lepaskan tembakan dikuil ditahan


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





SHAH ALAM, 17 Mei (Bernama) -- Polis semalam menahan empat lelaki termasuk pemilik senjata api yang melepaskan tembakan ke udara semasa satu upacara di sebuah kuil di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata, kesemua suspek berusia 36 hingga 72 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, dekat sini, pada jam 7 malam tadi.

"Polis telahpun mendapatkan perintah reman selama dua hari sehingga esok terhadap kesemua individu itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sepucuk senapang patah bersama 17 butir peluru daripada pemilik  senjata api itu berusia 70 tahun.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan sekumpulan individu menggunakan sepucuk senapang patah melepaskan kira-kira 20 das tembakan ke udara semasa satu upacara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel