Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KUANTAN, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang hari ini, mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memproses pembayaran bonus itu, yang dijangka selesai selewat-lewatnya pada 24 Mei ini. 

"Jumlah mereka yang akan menikmati pemberian bonus raya ini ialah seramai 8,000 orang. 

"Jumlah yang diberikan pada tahun ini adalah lebih daripada RM500 yang diberikan tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Wan Rosdy berharap mereka yang menerima bonus itu dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk membuat persiapan hari raya yang akan disambut tidak lama lagi. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel