Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peguam syarie Johor, Puspanita Johor Bahru santuni 15 keluarga asnaf sempena Ramadan


Tarikh kemaskini: 17/05/2019




JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) – Kesusahan 15 keluarga asnaf di sekitar bandaraya ini mendapat perhatian Persatuan Peguam Syarie Negeri Johor (PGSMNJ) dengan tampil menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Penyampaian sumbangan julung kali menerusi program ‘Santuni Asnaf 2019’ itu dilakukan dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Daerah Johor Bahru.

Pengerusi PGSMNJ Yunos Ismail berkata daripada 15 keluarga, 11 daripadanya merupakan penduduk di Flat Larkin, di sini, manakala empat yang lain di sekitar kawasan Pasir Gudang.

“Kesemua keluarga terbabit diziarahi dan diserahkan bantuan berupa barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras dan biskut serta wang sumbangan.

“Barangan keperluan dan wang sumbangan itu merupakan hasil infaq daripada para peguam syarie di seluruh negeri ini dan pihak Puspanita,” katanya di sini hari ini.

Yunos berkata program atas inisiatif Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita PGSMNJ itu diharapkan dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan ketika Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pihaknya sehubungan itu, merancang meneruskan program sama di masa hadapan.

“Tahniah kepada Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita PGSMNJ atas inisiatif program ini (Santuni Asnaf 2019) walaupun dilakukan dalam tempoh yang singkat.

“Alhamdulilah program ini berjaya dilaksanakan dan diserahkan kepada penerimanya hari ini,” katanya.

-- BERNAMA
 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel