Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 50 hektar hutan gelam terbakar di Pasir Puteh


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





PASIR PUTEH, 17 Mei (Bernama) -- Lebih 50 hektar kawasan hutan gelam di sempadan Pasir Puteh-Bachok terbakar akibat cuaca panas dan kering sejak Januari hingga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata kebakaran itu berpunca daripada aktiviti pembakaran sampah di kawasan tanah gambut yang mudah merebak dan sukar dipadamkan.

“Lebih 20 anggota bomba dan penyelamat dibantu agensi penyelamat lain terpaksa bertungkus-lumus memadam kebakaran memandangkan parit dan tali air yang menjadi bekalan air di kawasan tersebut kekeringan.

“Bagaimanapun kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya berikutan hujan dua hari lepas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel