Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan dua beradik asing cuba seludup masuk rokok


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





LAHAD DATU, 17 Mei (Bernama) -- Dua adik-beradik warga asing ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) selepas cuba menyeludup masuk 14,800 bungkus rokok seludup dalam serbuan di Simpang Tabin, Tungku dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek berusia 26 tahun bersama adiknya, 10 tahun itu ditahan pada 7.18 pagi selepas diekori anggota PPM yang mengesan kedua-duanya dalam keadaan mencurigakan menaiki sebuah van, disyaki membawa rokok seludup.

Susulan penahanan itu, katanya kedua-dua suspek diperiksa dan didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut ke atas van turut menemukan pelbagai jenama rokok seludup yang disimpan di dalam plastik hitam.

"Antaranya ialah 7,800 bungkus rokok Absolute, 5,500 bungkus rokok Astro Hitam dan 1,500 bungkus Astro Merah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Pajeri berkata dalam kejadian itu, turut dirampas sebuah van Toyota Hiace, dua telefon bimbit, beg duit jenama Georgio Armani, wang tunai RM6 selain mata wang asing iaitu 1,000 rupiah dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM97,420.

Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel