Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Phoong dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu


Tarikh kemaskini: 17/05/2019





KOTA KINABALU, 17 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe, 30, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu.

Phoong mengambil portfolio Datuk Frankie Poon Ming Fung yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri yang baharu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media di sini hari ini turut mengumumkan pelantikan Bendahari DAP Sabah Loh Ee Eng sebagai ADUN Dilantik yang baharu dan akan mengangkat sumpah pada Selasa depan.

Katanya tiada rombakan Kabinet dilakukan dan pelantikan dua jawatan menteri itu bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada.

Pelantikan tersebut dipersetujui setelah perbincangan diadakan dengan pimpinan DAP negeri dan pusat, katanya.

Menurutnya pelantikan menteri bagi mengisi kekosongan di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat itu dibuat lewat selepas kematian mendiang Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah pada 28 Mac lepas bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan pada 11 Mei.

Beliau yakin pelantikan Phoong sebagai Menteri Belia dan Sukan sesuai dengannya sebagai orang muda yang ada keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Poon yang juga ADUN Tanjung Papat di Sandakan merupakan Pemangku Pengerusi DAP Sabah manakala Phoong yang dikenali dengan panggilan Ginger merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sabah. 

Mendiang Wong meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu.

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel