Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada rombakan kabinet negeri Sabah setakat ini - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menegaskan tiada rombakan kabinet negeri.

Menurut beliau hanya pengisian jawatan menteri yang kosong akan diisi.

"Saya akan buat pengumuman dan saya akan lihat sehingga esok, kalau dapat saya akan buat pengumuman yang perlu untuk itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk dan kunjungan mesra Bazar Ramadan di Lintasan Deasoka di sini, hari ini.

Pada masa ini, jawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat masih belum diisi yang kosong selepas kematian Pengerusi DAP Sabah mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Mohd Shafie berkata pelantikan ke kabinet negeri akan diisi esok dan beliau akan buat pengumuman.

Mengenai isu anggota cawangan khas (SB) dilarang hadir pada acara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sidang media kementerian kerajaan negeri, Mohd Shafie berkata beliau telah membangkitkan perkara ini di mesyuarat kabinet bahawa tiada peraturan yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri untuk halang mana-mana pihak hadir dalam sidang akhbar yang dilakukan oleh Ketua Menteri dan menteri kabinet.

"Tiada standard pengumuman mengenai prosedur ini. Kalau pun ada keputusan itu tidak benar sebab ia bukan datang dari saya atau kerajaan negeri Sabah.

"SB boleh datang bila-bila masa untuk dengar apa yang kita ucapkan dan kenyataan yang kita buat. Buat apa kita mahu halang sebab ia juga akan disiarkan, esok bila media laporkan dalam akhbar semua orang pun tahu," kata Mohd Shafie.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel