Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua cedera dalam kejadian berbalas tembak di Miri


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





 

MIRI, 16 Mei (Bernama) -- Dua cedera termasuk seorang anggota polis berpangkat Kpl dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Jelita petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, Kpl William Bell Jol, 55, dari Unit Peronda Kereta  (MPV)  Miri mendapat kecederaan di lengan kiri setelah salah seorang suspek melepaskan tembakan.

“Dua suspek perompak berjaya ditangkap dengan tangkapan suspek pertama seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang cedera dikedua-dua kaki semasa kejadian tembak-menembak dengan unit MPV,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leong berkata suspek kedua seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun turut ditahan serta tiada mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, suspek ketiga sedang diburu oleh polis setelah pemeriksaan terperinci dibuat dalam rumah itu mengesahkan suspek berjaya melarikan diri.

Beliau berkata sebelum kejadian, bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri pada pukul 1.00 petang telah menerima makluman melalui telefon terdapat sebuah kereta jenis BMW berwarna perak dalam kawasan mencurigakan di kawasan Taman Jelita.

“Bilikan Gerakan IPD Miri telah mengarahkan MPV untuk melawat tempat kejadian iaitu sebuah rumah banglo di Taman Jelita dan apabila suspek nampak kehadiran MPV terus melempaskan tembakan ke arah kru MPV,” katanya.

Beliau berkata tembakan itu mengenai Kpl William Bell Jol dan kru MPV bertindak balas mempertahankan diri dengan membalas tembakan lalu terus mengenai bahagian kaki salah seorang suspek.

“Kecederaan Kpl William Bell Jol tidak serius, masih sedar dan sedang mendapat rawatan di Hospital Miri,” katanya lagi sambil menambah sepucuk pistol serta sebutir peluru hidup turut dirampas dari suspek.

Menurutnya, Korporal William Bell Jo yang juga pemandu MPV itu telah berkhidmat selama 33 tahun serta mempunyai lima orang anak.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel