Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki disyaki aktif edar rokok seludup ditahan


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KUAL LUMPUR,16 Mei (Bernama) -- Polis merampas 1,734 karton rokok seludup bernilai RM275,192 dirampas dan menahan dua lelaki dalam serbuan di Jinjang di sini, Selasa. 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 38 dan 59 tahun itu ditahan kerana disyaki aktif dalam sindiket pengedaran rokok seludup sekitar Kuala Lumpur. 

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM4,400 yang dipercayai milik suspek. 

"Seorang daripada suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kedua-dua suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga 17 Mei ini, " katanya dalam kenyataan di sini,  hari ini. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel