Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMS jadi universiti pertama di Malaysia tubuh C4D


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi universiti pertama di Malaysia menubuhkan Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF (C4D) dan merupakan universiti kedua dalam kalangan negara ASEAN selepas Dhurakij Pundit University Bangkok, Thailand.  

Penubuhan unit itu adalah hasil perjanjian kerjasama antara UMS dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) ditandatangani Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin bersama Timbalan Wakil UNICEF di Malaysia, Rodaslaw Rzehak di Pejabat Naib Canselor, di sini, semalam. 

C4D adalah satu penggunaan pendekatan komunikasi dalam menyokong projek pembangunan sosial termasuk pertanian, pendidikan, kesihatan dan pembasmian kemiskinan.

D Kamarudin dalam kenyataan hari ini berkata melalui perjanjian itu, UMS akan menyediakan ruang operasi dan sumber manusia terdiri daripada ahli akademik, manakala UNICEF menyediakan dana permulaan serta kepakaran sedia ada. 

“C4D ditubuhkan antara lain bertujuan menjalankan penyelidikan tindakan tentang isu berkaitan wanita dan kanak-kanak bagi mewujudkan kerangka tindakan sesuai, menyediakan khidmat perundingan dan latihan serta mewujudkan jaringan kerjasama dalam penyediaan sokongan teknikal.

D Kamarudin berkata UNICEF turut menyediakan dana permulaan bernilai lebih RM300,000 untuk tujuan latihan dan pembangunan kapasiti serta isu-isu berkaitan wanita dan kanak-kanak.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel