Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM10 juta dividen SALCRA belum dituntut


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





SIBU, 16 Mei (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah mengeluarkan dividen bernilai RM1 bilion kepada pemilik tanah yang menyertai skim pembangunan tanahnya sejak ditubuhkan pada 1976.

Bagaimanapun, dividen bernilai kira-kira RM10 juta masih belum dituntut oleh beberapa pemilik tanah.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kebanyakan pemilik tanah tidak boleh dikesan.

"Ini agak pelik. Apabila pemilik tanah yang lain menerima dividen mereka, pemilik tanah itu sepatutnya tahu tentangnya dan datang ke SALCRA untuk menuntut dividen mereka, " kata Uggah ketika ditemui pemberita selepas majlis pembersihan tanah Ladang Kelapa Sawit Sekuau hari ini.

Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata SALCRA akan meminta bantuan pemimpin masyarakat dan wakil rakyat untuk mengesan pemilik tanah atau waris mereka.

Kepada soalan, Uggah berkata tiada tempoh masa untuk mengesan pemilik tanah atau waris mereka dan wang mereka akan disimpan oleh SALCRA dalam rizabnya sehingga mereka atau waris mereka dijumpai.

Sementara itu, mengenai projek kelapa sawit Sekuau di bawah SALCRA di tanah seluas 200 hektar, Uggah berkata SALCRA tidak akan mengambil kayu berharga di kawasan itu.

"Kerja pembersihan akan dilakukan oleh pihak lain yang perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik tanah dan pemilik tanah perlu dibayar," kata Uggah.

Selain kelapa sawit, beliau berkata SALCRA juga meninjau untuk mengembangkan bidang penternakan di ladang kelapa sawit, yang kini sudah terdapat 2,000 ekor lembu.

Beliau berkata SALCRA merancang untuk menubuhkan sebuah ladang pembiakan yang menyasar untuk menghasilkan 1,000 anak lembu setahun, katanya.

Uggah berkata SALCRA juga akan mengembangkan sayapnya ke kawasan Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) dan di Wak, Pakan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel