Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat lelaki bom ikan ditahan


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) -- Empat lelaki ditahan di Besut semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mengebom ikan di kawasan perairan Taman Laut Pulau Perhentian Isnin lepas.

Dua lelaki ditahan di gerai jualan ikan di Kampung Lampu di Besut 11 pagi semalam, seorang lagi ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Taman Laut Daerah Besut pada 12 tengah hari manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Kampung Air Tawar, Besut pada pukul 2.00 petang semalam.

Pengarah Perikanan Terengganu Zawawi Ali berkata kesemua mereka yang ditahan Jabatan Perikanan itu berusia antara 18 dan 56 tahun dan dipercayai penjual dan pembekal ikan.

Isnin lepas, pengurusan sebuah resort di Pulau Perhentian gempar apabila terdengar bunyi letupan kuat sebanyak tiga kali dan susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

"Hasil selaman mendapati banyak ikan mati dipercayai akibat tekanan yang terhasil daripada bunyi letupan bom ikan itu,” kata Zawawi.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel