Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ekspres Perdana bina dua R&R bernilai RM10 juta


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KOTA BHARU, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat pengangkutan Ekspres Perdana memperuntukkan lebih RM10 juta bagi membina dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang dijangka beroperasi pada pertengahan 2020.

Pengarah Urusannya, Laili Ismail berkata, R&R itu dibina di dua laluan iaitu Kota Bharu - Kuala Lumpur dan Kota Bharu - Utara (Grik) yang mempunyai banyak kemudahan dan keselesaan bagi penumpang bas serta orang ramai.

"Pembinaan R&R di laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur membabitkan kos RM7 juta kini sedang dibina manakala laluan Kota Bharu - Utara di Grik pula dengan kos melebihi RM3 juta.

"R&R ini disediakan khas untuk penumpang bas Ekspres Perdana yang dianggarkan lebih 1 juta setahun serta pengguna lebuh raya lain.

"Kawasan ini dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas, gerai makan, taman permainan kanak-kanak, stesen minyak, surau bagi umat Islam, mesin ATM, serta wakaf (pondok rehat)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Laili berkata tiket bas bagi laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur untuk tempoh enam hari bermula 2 Mei sudah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri ini.

Beliau berkata bagi tempoh itu, lebih 22,000 tiket yang dijual membabitkan jualan kira-kira RM1 juta sejak 6 April lalu.

Katanya, sebanyak 96 bas termasuk enam kenderaan yang baharu akan beroperasi sepanjang musim perayaan ini.

"Tiket bagi tempoh enam hari bermula 2 Mei sudah habis dijual, manakala bagi tarikh lain masih boleh didapati. Justeru, orang ramai perlu cepat membuat tempahan tiket sama ada secara dalam talian atau di kaunter sebelum ia habis dijual.

"Namun, terdapat surcaj sebanyak 10 peratus daripada RM45 bagi sesiapa yang membeli tiket untuk tempoh seminggu menjelang Aidilfitri dan seminggu selepas raya. Namun harga tiket akan kembali normal selepas tempoh berkenaan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel