Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lepas tembakan ke udara, empat individu dikenal pasti - Polis Selangor


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti empat individu yang melepaskan tembakan ke udara semasa satu upacara di sebuah kuil di Tanjong Karang dekat sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata keempat-empat suspek berumur antara 30 hingga 67 tahun itu telah dikenal pasti dan akan ditahan dalam masa terdekat bagi siasatan lanjut.

"Senjata api yang digunakan dalam kejadian berkenaan turut telah dikenal pasti dan akan dirampas polis.

"Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan sekumpulan individu menggunakan sepucuk senapang patah melepaskan kira-kira 20 tembakan ke udara, semasa satu upacara di kuil berkenaan yang terletak di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel