YZ1sDbaRIoU Mohamad Norza bertanding jawatan Presiden BAC
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohamad Norza bertanding jawatan Presiden BAC


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) bagi penggal 2019-2023 pada pemilihan yang bakal diadakan di Nanning, China pada 25 Mei ini.

Beliau memaklumkan keputusan bertanding jawatan nombor satu badan induk badminton Asia itu dibuat setelah menilai beberapa faktor, termasuk sokongan padu daripada beberapa kuasa badminton Asia selain  kedudukan ibu pejabat BAC yang terletak di Kuala Lumpur.

Mohamad Norza memaklumkan ramai bekas Presiden BAM yang pernah mengetuai BAC termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tan Sri Elyas Omar dan Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

"Walaupun saya pergi sebagai 'underdog', kerana perlu berhadapan penyandang jawatan (Anton Aditya Subowo), saya yakin masa ada lagi untuk saya memperkenalkan diri, dan memberitahu 43 anggota BAC kenapa saya mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden,” katanya yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Majlis Berbuka Puasa MOM bersama media, di sini, malam tadi.

Mohamad Norza menegaskan sekiranya terpilih, beliau bertekad untuk mengekalkan penguasaan benua Asia selaku kuasa badminton dunia, selain membantu negara dunia ketiga yang berhasrat mempromosikan sukan badminton di negara mereka ke tahap lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau memberi bayangan untuk melepaskan jawatan Presiden BAM yang disandangnya sejak 2017 selepas berakhirnya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Saya lihat hari ini kita sudah adalah barisan pemain muda yang mantap, selain Akademi Badminton Kebangsaan pun sudah siap.

"“Saya rasa mungkin setahun atau dua tahun adalah proses untuk memberikan kepimpinan itu kepada orang lain dan saya akan terus fokus kepada presiden MOM,” tegasnya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel