Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baru Bian beri penghormatan kepada bekas guru


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian memberi penghormatan kepada bekas gurunya kerana telah membantu memberi inspirasi kepada beliau secara mental dan spiritual sebagai seorang budak sekolah di Long Semadoh, Sarawak satu ketika dulu.

Baru yang mengucapkan ‘Selamat Hari Guru 2019’ kepada guru di seluruh negara hari ini, menggesa pelajar untuk menghargai guru mereka.

“Kita mempunyai guru yang baik bukan sahaja mendidik minda kita tetapi juga menggalakkan jiwa kita,” kata Baru yang juga Anggota Parlimen Selangau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, dalam hantaran terbaru di akaun Facebook beliau.

Beliau berkata ketika kecil, beliau dan adik-beradiknya yang lain terpaksa berjalan kaki selama tiga hari dari rumah mereka di Long Semadoh ke sekolah di Lawas.

“Kami juga terpaksa membawa beras kami sendiri untuk kegunaan rumah. Hidup ini sukar tetapi kami bertahan,” katanya sambil berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar beliau.

Sementara itu, pesara guru besar dan bekas Presiden Kesatuan Guru Sarawak Michael Ranyed Jackson berkata beliau gembira kerana pengorbanan dan sumbangan guru diiktiraf apabila kerajaan menetapkan 16 Mei untuk memberi penghormatan kepada profesion perguruan.

Berbanding 60 tahun lepas semasa beliau menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang di sini dan ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman di Padawan, kebajikan guru termasuk skim gaji telah bertambah baik, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau juga gembira apabila ramai bekas pelajarnya berjaya dalam profesion masing-masing walaupun berhadapan dengan keadaan kurang memuaskan dari segi kemudahan sekolah, khususnya pada tahun 1960-an dan 1970-an.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel