Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjenamaan semula DigitalPerak untuk mengupayakan syarikat GLC


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





IPOH, 16 Mei (Bernama) -- Penjenamaan semula Digital Perak Corporation Holdings (DigitalPerak) hari ini yang sebelum ini dikenali sebagai KPerak Implementation and Coordination Corporation merupakan antara langkah untuk kembali mengupayakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap DigitalPerak yang diamanahkan untuk memacu pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi dan digital di negeri ini dapat melonjakkan semula kedudukannya bagi menjana kekayaan negeri dan rakyat.

”Insya-Allah, dengan diketuai seorang pakar dalam pengurusan perubahan dan pertumbuhan iaitu Prof Madya Dr Mohammad Tazli Azizan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, selain disokong warga kerja berpengalaman dan memberi sokongan, syarikat ini mampu untuk kembali ke landasan sebenar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Digital Perak Corporation Holdings yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim di Perak Techno Trade Center (PTTC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohammad Tazli berkata syarikat itu komited untuk merealisasikan visi membawa Perak sebagai negeri pintar menjelang 2030 melalui inisiatif digital yang sesuai dan relevan.

“Mengambil cabaran dunia digital yang sentiasa berubah, syarikat berpandangan perlunya sentiasa peka terhadap aliran dan perubahan yang berlaku serta membuat jangkaan tepat untuk kekal relevan dalam revolusi digital ini.

“DigitalPerak perlu berhati-hati dan tidak boleh secara sembarangan memutuskan proek-projek yang dilaksanakan agar tidak terkandas dalam perjalanannya untuk muncul sebagai hab digital yang memacu pembangunan negeri ke tahap lebih baik,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Faizal turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara DigitalPerak dengan lapan rakan kongsi sebagai usaha kerjasama dalam merancakkan penggunaan teknologi dan memperkasakan usahawan digital.

Rakan kongsi itu ialah CyberSecurity Malaysia, Quest International University Perak, Cynerve Sdn Bhd, Direct Consulting & Services Sdn Bhd, Talenta Ideas Sdn Bhd, Creative House of Rhyme Production, Thissign Production dan Colorbar Media Production.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel