Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM lancar operasi cari nelayan hilang di perairan Bintulu


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





BINTULU, 16 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang hilang di perairan Bintulu sejak Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, Aziz Jaafar Atahar, 69, dari Kampung Sebuan Kecil, Bintulu, telah keluar ke laut berseorangan pukul 7.30 malam, 13 Mei lepas untuk memancing ikan tetapi tidak pulang sehingga kini.

“Mangsa disyaki hilang di sekitar perairan muara Batang Kemena Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Effendy berkata, kawasan pencarian adalah seluas 50 batu nautika persegi dengan operasi dibantu  oleh Pasukan Polis Marin serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu.

Beliau menasihatkan sesiapa yang ingin ke laut supaya memakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga semasa di perairan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel