Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Shah Alam alami gangguan bekalan air bermula 2 petang ini


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air hari ini berikutan kerosakan peralatan satu daripada pam utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata gangguan bekalan itu bermula 2 petang ini.

“Berdasarkan bacaan paras kolam dan sistem agihan, akan berlaku penurunan paras kolam dan pengurangan agihan air terawat sebanyak 40 Juta Liter Harian (JLH) dan akan menyebabkan gangguan bekalan air secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang tersenarai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Bukit Kuda dan Jalan Batu 3 Lama; Seksyen 2; Seksyen 3; Seksyen 4; Seksyen 5; Seksyen 6; Seksyen 7; Seksyen 8; Seksyen 9; Seksyen 10; Seksyen 11; Seksyen 12; Seksyen 13; Seksyen 14; Seksyen 15; Seksyen 16; Seksyen 17; Seksyen 18; Seksyen 19; Seksyen 20; Seksyen 21; Seksyen 22; Seksyen 23; Seksyen 24; Seksyen 25 dan Seksyen 26.

Beliau berkata Syabas sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu dan telah mengambil tindakan penyaluran bekalan alternatif bagi mengelakkan impak gangguan kepada pelanggan.

Pihak Air Selangor juga akan menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan itu dan pada masa sama menasihatkan pengguna terlibat menyimpan bekalan air secukupnya.

Untuk sebarang kemas kini mengenai status terkini, orang ramai boleh merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel