Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir beri jaminan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





GEORGE TOWN, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut berapa jumlah yang akan diberikan dan sama ada bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam.

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"(Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam) ada, kita akan isytiharkan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pada 30 April lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan  agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri  kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Tahun lepas, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel