Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

756 kes melibatkan pelbagai kesalahan direkodkan KPDNHEP Perak


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





IPOH, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 756 kes melibatkan pelbagai kesalahan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak sejak Januari hingga 12 Mei lepas.

Kesalahan tersebut termasuk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak Khalid Tik berkata lebih RM1 juta nilai barangan dirampas dalam kes-kes tersebut.

"Sepanjang tempoh itu KPDNHEP Perak telah menjalankan 36,535 pemeriksaan yang mana jumlah yang didenda sebanyak RM17,500 manakala RM74,350 adalah nilai kompaun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan penandaan harga serta timbang dan sukat di Pasar Besar Ipoh di sini hari ini.

Operasi melibatkan 20 pegawai dan anggota KPDNHEP Perak itu mendapati para peniaga masih berdegil untuk meletakkan tanda harga pada barangan.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Khalid berkata peniaga perlu meletakkan tanda harga yang jelas pada barangan kerana pihaknya mendapati masih ada lagi mereka yang tanda harganya agak mengelirukan.

"Sikap peniaga yang enggan meletakkan tanda harga ini telah berlaku sejak sekian lama, tapi pihak kami akan sentiasa membuat pemantauan, untuk kesalahan pertama kami beri nasihat manakala kesalahan kedua tindakan akan diambil," katanya.

Katanya, mana-mana peniaga yang masih berdegil sekiranya didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda RM10,000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Khalid turut mengingatkan para peniaga di negeri ini supaya menurunkan harga barang kawalan yang bakal ditetapkan pada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mulai Selasa ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel