Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemerosotan pengeluaran padi di Kota Marudu perlu ditangani - Anita


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





KOTA MARUDU, 16 Mei (Bernama) -- Kemerosotan pengeluaran padi di daerah Kota Marudu, akibat bencana banjir dan kekurangan kemudahan pengaliran air, perlu ditangani segera, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Tandek Datuk Anita Baranting.

Katanya, banjir besar melanda pada 2014 menyebabkan sawah padi dan bendang tertimbus serta kemudahan tali air rosak.

Justeru, beliau berkata dalam usaha melonjakkan semula industri tanaman padi di daerah ini, tindakan pro-aktif perlu diambil kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pertanian.

"Ini memerlukan kerajaan menambahkan peruntukan, selain memperkasakan lagi pendekatan sedia ada. Pada masa sama, subsidi kepada petani antaranya membabitkan baja dan racun perosak terus dikekalkan, sebagai galakan kepada mereka untuk terus mengusahakan tanaman padi," katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya usaha itu penting agar petani terus berusaha mengekalkan daerah ini, sebagai nadi pengeluar padi kedua selepas daerah Kota Belud.

Anita berkata beliau telah menyuarakan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan lepas, dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Datuk Junz Wong) bersetuju meninjau kawasan sawah padi dan bendang di daerah ini.

Katanya antara saranan dan tindakan kerajaan negeri adalah merangka pelan pembangunan strategik, menaik taraf sistem pengairan sedia ada, dan memperkasakan lagi penanaman padi bukit yang turut menyumbang kepada penghasilan beras bermutu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel