Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan individu warga Thailand ditahan salah guna pas lawatan


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





ARAU, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Perlis memberkas lapan warga Thailand dalam Op Bersepadu Jaja (Op Jaja) di Bazar Ramadan di Arau dan di Bintong.

Pengarahnya, Basri Othman berkata operasi bermula lima petang sehingga 7 petang tadi melibatkan 20 pegawai dan anggota.

“Enam lelaki dan dua wanita daripada 35 individu yang diperiksa dalam operasi itu ditahan.

Tujuh daripada mereka menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial kerana bekerja sementara seorang gagal mengemukakan dokumen pengenalan yang sah,” kata Basri kepada media selepas mengadakan Op Jaja di Bazar Ramadan Arau di sini, hari ini.

Menurut Basri, kesemua yang ditahan berumur 28 hingga 35 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana gagal mengemukan dokumen pengenalan yang sah.

Kesemua warga Thailand itu ditahan selama 14 hari di lokap Jabatan Imigresen Perlis di sini untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel