Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota Parlimen Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





PETALING JAYA, 15 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyambut baik keputusan untuk membawa isu projek pembangunan di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kepada Kabinet.

Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet seperti dijanjikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

"Cadangan balas kami ialah jika anda ingin membina, anda hanya perlu membina berdasarkan keluasan tapak rumah panjang sekarang. Ini bermakna anda tidak boleh menceroboh ke Taman Rimba Kiara dan Khalid berkata beliau akan membawa perkara ini ke kabinet untuk membuat keputusan, " katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yeoh yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau bersetuju perkara itu dibawa kepada Kabinet kerana kedudukan Khalid kini bercanggah kerana beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang kini memiliki sebahagian Taman Rimba Kiara.

Yeoh juga mahu isu pampasan dan kontrak yang terlibat dalam projek pembangunan itu dikaji semula oleh Peguam Negara Tommy Thomas kerana kontrak itu melibatkan kerajaan.

Yeoh berkata beliau akan menganjurkan sesi townhall di Pusat Komuniti TTDI Sabtu ini pada jam 9 pagi untuk memberi makluman kepada semua penduduk mengenai perkembangan terkini.

"Sesiapa sahaja boleh datang. Ini melibatkan soal tadbir urus yang baik, menyelamatkan kawasan hijau dan menyediakan perumahan bagi penduduk rumah panjang TTDI, " katanya.

Selepas bantahan keras dari penduduk dan kumpulan berkepentingan, pemaju projek bersetuju untuk mengurangkan skala projek dan bilangan blok apartmen, dengan projek itu meliputi hanya 3.2 hektar berbanding 4.9 hektar mengikut rancangan asal.

Dalam pada itu, blok apartmen 350 unit untuk penduduk rumah panjang Bukit Kiara akan kekal sebagai sebahagian daripada projek itu. Bagaimanapun, projek tersebut masih dikritik dan mendapat bantahan daripada persatuan penduduk dan kumpulan berkepentingan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel