Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

25 Ketua Penaja Bahagian Bersatu Sabah terima watikah pelantikan


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KOTA KINABALU, 15 Mei (Bernama) -- Seramai 25 Ketua Penaja Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis di Putrajaya, semalam.

Watikah disampaikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, bersempena Majlis Iftar Bersatu peringkat Nasional.

Setiausaha Eksekutif Bersatu Sabah Datuk Armizan Mohd Ali dalam kenyataan di sini hari ini berkata watikah pelantikan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk penubuhan 25 bahagian Bersatu di Sabah yang diperoleh pada 3 Mei lepas.

Katanya surat kelulusan berkenaan telah disampaikan Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kepada Ketua Penyelaras Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor pada 5 Mei lepas.

Susulan penerimaan watikah pelantikan itu, ketua penaja pimpinan bahagian akan bertanggungjawab untuk mengurus dan melengkapkan proses penubuhan bahagian, cawangan serta sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di bahagian masing-masing, katanya.

Katanya ia juga membabitkan pembentukan struktur organisasi penaja dan menggerakkan proses pendaftaran serta penambahan ahli. 

Berikut nama 25 ketua penaja pimpinan bahagian Bersatu di negeri ini terdiri Hajiji (Tuaran), Datuk Masidi Manjun (Ranau), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu), Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar), Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego (Kota Kinabalu), Senator Datuk John Ambrose (Penampang) dan Datuk Seri Dr Arsit Sedi (Putatan).

Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar (Papar), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis), Datuk Isnin Aliasnih (Beaufort), Matbali Musah (Sipitang), Datuk Rubin Balang (Tenom), Azman Ruslan (Keningau), Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pensiangan), Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan) dan Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran).

Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Aksyah Nasrah (Kinabatangan), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Mohd Daud Tampokong (Semporna), Abdul Hakim Gulam Hassan (Silam), Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan (Tawau) dan Abdul Karim Abdul Wahid (Kalabakan).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel