Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar petrol ke negara jiran


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KUDAT, 15 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1,410 liter minyak petrol bernilai RM2,932.80 yang diisi dalam 47 tong satu gelen dalam operasi khas di perairan Tanjung Layak-Layak, Pitas, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata berdasarkan maklumat Unit Risikan Marin, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah bot pam di kawasan perairan itu dalam Op Landai Khas pada jam 11.30 pagi, dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot pam itu dinaiki dua lelaki warga asing berumur lingkungan 22 dan 35 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Juragan bot pam itu gagal menunjukkan surat atau dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkaitan minyak petrol yang dibawa. Barang kawalan itu dipercayai hendak dibawa ke negara jiran.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan dan 47 tong berisi minyak petrol itu  dirampas. Polis turut merampas sebuah pam bot, dua unit enjin pam, dua batang shaft dan dua batang kipas bot. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM12,232.80," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata kedua-dua individu serta barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel