Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MB mahu semua pihak bekerjasama banteras rasuah


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingatkan semua pihak termasuk pihak berkuasa dan petugas keselamatan untuk bekerjasama dalam membanteras sebarang aktiviti rasuah di negeri ini.

Katanya peringatan itu sejajar dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad awal tahun ini.

"Rentetan daripada itu, peringatan bahaya rasuah kepada seluruh rakyat di Kelantan umumnya dan khususnya kepada pihak berkuasa, petugas keselamatan serta peniaga, pembeli, pelancong agar bekerjasama menolak perbuatan rasuah," katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kuih-Muih Aidilfitri Kepada Pasukan Keselamatan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sejumlah 13,000 kotak kuih-muih diagihkan kepada 14 agensi keselamatan negeri ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada Kelantan.

Ahmad berkata peringatan berhubung rasuah itu penting memandangkan Kelantan mempunyai pintu masuk ke Thailand terdedah kepada aktiviti jenayah jika tiada penguatkuasaan yang ketat.

“Semua pihak perlu faham impak daripada pembolosan sempadan. Penyeludup bukan sekadar membawa mercun, dadah dan senjata tetapi juga memungkinkan peningkatan aktiviti pemerdangan manusia dan penjualan organ,” katanya.

Ditanya mengenai iklan pemberitahuan mengenai lelongan aset kerajaan negeri yang dijadualkan pada 27 Mei ini Ahmad enggan mengulas dan meminta  media merujuk perkara itu kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Satu notis pengisytiharan jualan mengenai lelongan aset PMBK diiklankan melalui akhbar tempatan pada 13 Mei lalu menyatakan permohonan lelongan 11 lot tanah oleh sebuah bank tempatan selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel