Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MATTA Fair Sabah jana jualan RM35 juta


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KOTA KINABALU, 15 Mei (Bernama) -- MATTA Fair Sabah yang berakhir baru-baru ini mencatatkan jualan sebanyak RM35 juta.

Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah Lawrence Chin berkata pameran yang berlangsung selama tiga hari mulai 10 Mei di ITCC Penampang itu menerima 40,000 pengunjung.

"China dan Korea Selatan di Asia merupakan destinasi utama diikuti dengan Turki dan Jepun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk daripada kumpulan kebudayaan dari Indonesia serta pelajar kolej tempatan.

"Terdapat juga cabutan bertuah yang hadiahnya disumbangkan oleh Malaysia Airlines, MASwings dan Malindo Air serta pelbagai hotel dan agensi pelancongan," katanya.

Chin berkata MATTA Fair Sabah yang berikutnya akan diadakan pada September ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel