Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Pengkalan Kubor rampas mercun dan bunga api seludup


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





TUMPAT, 15 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor merampas mercun dan bunga api bernilai RM1,555 dalam satu serbuan di pangkalan haram Tanjong dekat Pengkalan Kubor di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor, ASP Mohd Rudzuan Ahmad ketika dihubungi berkata, ini adalah kes pertama rampasan mercun dan bunga api sejak Ramadan.

"Dalam rondaan Op Inter Agensi antara anggota PPM bersama Jabatan Kastam, mereka  ternampak sebuah bot enjin galah memecut laju keluar dari pangkalan haram berkenaan menuju ke negara jiran.

"Curiga dengan keadaan itu anggota terus merapatkan bot ke tebing dan membuat pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan di kawasan semak di situ anggota PPM menemui sejumlah mercun dan bunga api yang kemudiannya dibawa pulang ke markas untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, antara mercun dan bunga api yang dirampas adalah bunga api jenama Colourfull, mercun Whistling Marc Traveller, mercun mancis Amazon 8, mercun Mancis Jet 7, Butterfly Small, Bumble Bee serta Clualy dan kes itu disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah rampasan yang pertama dilakukan oleh PPM Pengkalan Kubor sepanjang Ramadan tetapi yakin semakin hampir sambutan raya, bekalan mercun dan bunga api ini akan cuba diseludup masuk ke negara ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel