Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Jeli rampas 400kg daun ketum, tahan dua lelaki


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





JELI, 14 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki selepas menemui 400kg daun ketum yang dianggar bernilai RM12,000 dalam kenderaan yang dipandu mereka, berhampiran dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kampung Gemang, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli ASP Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata suspek yang berusia 26 dan 17 tahun yang berasal dari Pasir Mas dan Kedah itu pada mulanya dikesan semasa sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Belimbing, Batu Melintang di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi.

Beliau berkata semasa ditahan mereka bagaimanapun enggan berhenti, sebaliknya terus memecut laju, menyebabkan polis terpaksa mengejar, dan akhirnya kenderaan suspek itu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kampung Gemang.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai mengambil upah untuk menghantar daun ketum ke Pasir Mas dengan bayaran sekitar RM400, dan siasatan awal mendapati bekalan yang diperoleh dari Kedah itu adalah untuk pasaran sekitar Pasir Mas.

“Siasatan juga mendapati kenderaan yang digunakan suspek adalah kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika dihubungai di sini hari ini.

Nik Ahmad Kamil berkata berkata kedua-dua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara merbahaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel